Tuesday, June 30, 2009
puisi si suami kpd si isteri...
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa...
Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu... ...Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...
*** Balasan Puisi si isteri***
Suamiku, andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu...
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan..
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan... .
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
hehehe, faham ke? Tak faham sendrik fikir ya..
peAce :p
Monday, June 29, 2009
hari miggu - yg teramat la TEnSIon...
Wednesday, June 24, 2009
renung2 kan & selamat beramal :)
Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaranTuesday, June 23, 2009
HaPy FaThEr'S dAy ;)
Monday, June 22, 2009
malam minggu - HePy BeSdEy Tv3
POSING JAP ;)
GELAGAT ARTIS MALAYSIA ;)
ramai gak la artis popular yg dtg spt iqram dinzly, nabila, fouziah gous, amyza adnan & ramai lg la... kat atas stage tu siap ade dinner lg utk diorg... memula tngok diorg ok la coz kat atas tu diorg just borak2 je... but yg x sangkanya, start jer konsert mlm tu, artis2 tu bleh siap menari trlompat-lompat lg kat ats stage tu... x segan lansung kat peminat2 yg tngok... coz bkan jauh pun stage diorg ngan tmpat duduk peminat2 ... malu gak r tngok artis kita mcm tu... coz kat atas tu open jer kan ... mmg so.... sial btul la artis malay ni... x kira la laki ke pompuan, msing2 layan kepala kat atas tu... n yg over nye kat atas tu yana tngok nabila la... x sangka dh kawin pun, still mcm tu gak... but myb itulah dunia n cara diorg... mgkin diorg xnk hipokrit, tp... mlm tu sepatutnya diorg kena la sedar... hormat la ckit, coz semua golongan usia ada dtg malm tu... kalau puak2 diorg jer myb x kisah la kan... but ini just pandangan dr yana jer... whatever yana suka bangat ngan iqram dinzly ;p
LAST SKALI ;)
sampai hbis gak r layan konsert ni ;)
KIMI YG DH X LARAT ;)
after konsert tu hbis jer ktaorg gerak gi makan... penat gak r... kimi jgn cakap la, lansung x boleh nk bukak mata dh... siap bleh layan tido lg kat kedai makan mlm tu... mane x nye nk dkat pukul 1 dh mase tu ;) tu yg penat sgt agak nye... lg pun siang tu dia xnk tido lansung... hmmmmm k la, ni je story nye... best gak skali skala layan konsert nikn... lg pun x tau nk gi mane malm tu... so redah jer... :p
peAce ;)
Thursday, June 18, 2009
SuKa BaNgAt NgAn LaGu NiE... ;p

Oh Bulan.. Enggan melayan diriku lagi
Pabila airmata membasahi pipi
Dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga menyintai aku
Ku enggan berpura pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta Yang masih..
bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Oh...Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya .. Aku rindu ..
Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya .. Aku tak mampu ..
tanpamu..
peAca :)
Friday, June 12, 2009
TaWa dalam TaNgIsAn ...
ZAHIR TERLIHAT... BUKAN SEGALA-GALA... SETELAH AKU KAU MILIKI...
Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar
Setelah aku kau miliki
Mana janjimu yang sejati
Segala bagai kiambang
Zahirnya nampak berkembangan
Akar tak jejak di dasaran
Terluka cintamu itu
Jelmaan yang mendatang
Meragut menggoda
Membenam binasa cinta
Aku di genggaman
Engkau lepaskan
Kerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan
Rembulan keribaanmu
Engkau kehancuran
Tidakku mampu membencimu
Biarpun cuba ku lepaskan
Tapi rantaimu mengunciku
Tidakku rela dibinasa
Bersama cintamu itu
peAce :(
Thursday, June 11, 2009
sEbUaH tAnGiSaN...
tanpa sebarang perkataan...
tp membawa beribu pengertiaan...
sebuah luahan perasaan...
yang mengalir dr dlm lautan jiwa...
sebuah tangisan dr seorg wanita...
mungkin krn kecewa...
atau petanda bahawa hatinya trluka...
namun x terluah dgn kata2...
airmata x pernah berpura...
dalam menyampaikan...
kemurniaan sebuah luahan...
sebuah tangisan dr seorg lelaki...
mungkin adalah keikhlasan...
atau petanda bahawa egonya tlh ditundukkan...
untuk membuat keputusan yg x disangka...
krn airmata x prnah berdusta...
dalam menyampaikan...
kejujuran sebuah luahan...
sebuah tngisan...
bagai sungai yg mengalir...
adalah sebuah sempadan...
yg memisahkan...
yg membezakan...
antara niat yg tertulis di hati...
dengan riak yg terlukis di wajah...
namun...
keikhlasan sebuah tangisan...
hanya akn hadir dr hati seorang insan...
yang tulus dan jujur hatinya...
peAce :(
Sunday, June 7, 2009
After the movie :)
tngah kitaorg mkn, baru la diorg smpai... after mkn ktaorg lepak jap kat dataran tu smbil borak2... hmmmmmm hepy nye mlm tu... ye la mane x hepy, hujung2 mggu cam ni je la bru dpt nk lepak2 n enjoy ngan family... kalau x masing2 cbuk ngan keje :)
peace ;p
malam minggu - jgn pndang belakang congkak...
mmmmmmmm.... SINOPSIS FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK
Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.
Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.
Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.
Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.
Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama. Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka.

















