CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

MY LOVE :D

Thursday, November 19, 2009

my mom besdey 11/11/09 :)

SLMT HR LAHIR MAKNYAH... SEMOGA ALLAH SELAMAT KAN KAMOO... :D

ni la mak no2 yana :)... we all adik-beradik panggil 'maknyah'... w/pun maknyah just step mother yana jer, but yana ttp sayang kat maknyah... coz die la yg jage yana adik beradik, dr yana darjah satu sampai la yana dh kawin... bnyak jasa maknyah kat family kitaorg... x terbalas rasenyer segala pengobanan yg telah maknyah berikan... thank's maknyah, semoga maknyah sentiasa dirahmati dan bahagia di samping abah trsayang... :)
CELEBRATE MY MOM BESDEY...



hehehe... actuallynyer, besdey mknyah 11/11/09... but family yana bru dpt raikan minggu lepas hr sabtu malam... ala, husband yana just bwk parenst yana gi mkn jer... but time besdey mknyah yana n kakak dh belikn kek n present tuk mknyah... hope mknyah suke ngan hadiah tu ek...
ni pic time bru nk kuar malam tu... sbelum n sementara nk amik my parents kat umah... so sempat lg la posing jap :P


ni la parents yana, ni time nk gerak gi makan... n yg tngah tu lak budak cbuk lg noty... wee all just makan kat rawang je di 'restoran suraya kampung baru'... ok la mkn kat situ cz tmpat die pun selesa n kat situ kebanyakannya family2 je yg ramai dtg :)...
 

Monday, November 16, 2009

KIMI KONVO... 14/11/09 :D

I LOVE U SAYANG :D
comey ank mama pakai baju ni :)... bangga sgt mama & papa rasa, w/pun hanya di peringkat tadika... mama berdoa semoga kimi akan pakai baju ni lg sekali bila dah besar nti ye sayang... dan mama juga berharap kejayaan sentiasa mengiringi mu ank mama AMIR HAKIMI...

TAHNIAH SAYANG :)
mase majlis tu parents yg kena bg sendiri present kat anak2 diorang... so hr tu, yana ngan control ayunyer :P pun naik la kat pentas tuk memberi sijil n piala kat kimi... n papa la yg kena jd cameraman tuk merakamkan detik2 manis di hr kimi konvo pd 1st year prsekolahan kimi :)

KIMI & TEAM SHOW :)
ni time kimi wat show pd hr tu... (kimi yg duk tepi skali n pakai jam tangan :P)

POSING TIME :)

seperti biase edisi posing memosing wajib ade :P... ni pic wif teacher & mama2 member kimi :)

THANK'S PAPA :)mmm... ni la present dr papa tuk kimi coz dapat no3... kete control FLASH & DASH... papa saje je beli yg kecik... sbb papa kata kalo kimi nak yg besar, kimi kena r pereksa dpt no1... anyway mama n papa tetap bangga ngan kimi di peringkat permulaan ni... so lpas ni kimi kena la belajar rajin2 lg tau... jgn nakal ye :)... mama & papa syg sgt kat kimi :D

peAce ;)

BERTEMAN SEPI...


Penaku menari mencoretkan Sebuah puisi kelukaan

Gurindam jiwa, Cinta dan airmata

Di kamar hati ini, Masih ada sembunyi

Kenangan yang tak mampu Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam

Tinta bersulam biru Warna kerinduan

Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh Dari pandanganku

Manisnya pertemuan Pahitnya perpisahan

Segala kini tidak dapat Untukku bahasakan

Semua kini kaku Tiada lagu merdu

Setiap madah baris kata Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi Kini aku sendiri

Suka dan duka Dalam meniti gelombang

Kembara panjang Jauh melangkah pergi

Tidak menoleh lagi Kenangan silamku

Tinggal tertulis kini Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan Puisi sebuah pengalaman

Gurindam jiwa cinta dan airmata

Di kamar sepi ini Titisan membasahi

Dan aku tidak tahu

Pada siapakah untukku luah rasa

peAce :(

Tuesday, November 10, 2009

happynyer mama... :D

11/11/09
ALHAMDULILLAH...
td kimi dpt result final exam, bgus ada peningkatan... mama bangga ngan kimi... dpt gak hajat mama nk tngok kimi amik hadiah pd thun pertama persekolahan kimi kat pentas nti... hope akn dtg kimi lg cemerlang ye syg... mood: HAPPY :D


p/s: tiada ape yg dpt menggembirakan hati seorg mama, melainkan melihat anknya sihat dan berjaya...

peAce :)

Friday, November 6, 2009

HaPy BeSdEy SaYaNg... 2

6/11/2009
semalam pas blik kejer, yana ajak zali gi parkson rawang... coz nk suh zali pilih sndiri present yg dier suke... so wat kanda terima lah pemberian dinda tu sbagai tnda kasih yg x trhingga dr dinda tuk kanda... walaupun ianya x lah seberape... n after that we all singgah Mc'd jap, ala just tapau happy meal tuk kimi n beli aiskrim tuk zali jer... sempena hr jadi zali malam tu, my mom masakkn nasi bukhari (nasi daging) tuk my husband... thank's maknyah, coz sudi masakkn nasi yg special tu tuk kitaorg... mmg sedap :)

n malam tu after makan, mandi n tngok nur kasih... bru la yana celebrate my husband besdey... w/pun simple but still happy n ia pasti akan mnjd satu kenangan yg manis wat ktorg 1 family... but malam tu kimi lak bleh tido awal... myb penat sgt main siangnyer kot... ktaorg celebrate pun dkat pkul 11pm... yana try kejut kimi, n dia dh bangun... tp pas tu kimi bleh sambung balik tido die atas kusi... hmmm ank mama ni :)... so malam tu yana ngan zali jer la yg celebrate... but smpat gak r snap pic kimi yg sedang nyenyak tido...

pd malam tu dalam suasana yg gelap dgn bertemankn cahaya lilin :P... yana nyanyikn lagu hapy besdey wat zali... so romantik, kimi lak tido... hehehe :) n 4 kanda,

SEMOGA SEGALA IMPIAN YG DIIMPIKAN AKAN MENJADI KENYATAAN, MAMA N KIMI SYG SGT KAT KANDA @ PAPA...

n pas tu apa lg edisi posing memosing r, so jom kita layan pic k... ;D

p/s: semakin hari semakin syg... :)
peAce :D

Thursday, November 5, 2009

HePy BeSdEy SaYaNg... :)

6/11/2009 HEPY BESDEY 4 MY LOVELY HUSBAND YG KER .......................
(biarlah rahsia... hahahaha :P)


your my everything... tiada dua hanyalah satu, kau yg ku cintai... HEPY BESDEY KANDA, mmm... dh br+ lg umo kndakn... but dont worry coz kanda ttp mude di hati dinde :P... n dinde sntiase doakn sume yg trbaek wat kande... Allah slamat kan kande...

p/s: syg kamoo sgt :)
peAce :D


Monday, November 2, 2009

abah, bglah balik tangan ita.. Ita janji x buat lg

myb ada yg dh baca email ini... but email ni pun dh lame yana bace... but trgerak lak hati utk share ngan memember lain... insaf sungguh membaca kisah ini... so jom kita baca sambil layan emosi agar kita sume dapat keinsafan bersama... :)

Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
‘Tak tahu… !’ ‘Saya tak tahu Tuan..! '

‘Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan!’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. ‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. ‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis….


‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

p/s:
teringat lak pasal kimi dulu... mase tu umo kimi 3 tahun... kimi trjatuhkn speaker radio papa sampai kemik coz trkena bakul mainan kimi... mase tu papa xde, just mama ngan kimi je... yana tahu papa msti marah kalau tahu... so mase papa blik mama kononya nk rahsiakan la... but papa trnampak gak kemik kat speaker tu... so papa pun angin stu badan... kimi kena marah hr tu... mmg lah salah dia... tp budak kecik kan bukan tau ape pun... n bila difikirkan balik nasib baik la speaker tu timpa bkul mainan kimi... kalo timpa kimi... mau yana patah2 kan speaker tu... kengkadang yana pun ada marahkn kimi gak... but bila tringat blik n tngok kimi time tido... siannyer ank mama... n adakalanyer sampai nangis coz tr pikir apalah anak kecil ini tahu selain bermain & brmain... krn itulah dunia diorag time kecik ni... n sesugguhnya anak tiada nilainyer dan tiada spare part yg bleh ditukar ganti... dan anak juga ibarat nyawa bg ibu bapa yg mensyukuri di atas anugerah yg teristimewa yg telah dikurniakan oleh allah kpd mereka...
peAce :)