CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

MY LOVE :D

Sunday, June 7, 2009

After the movie :)

my family :)
hbis jer tngok wayang... kitaorg gerak gi dataran shah alam... just lepak n gi makan2 jer... lg pun yana ade janji ngan cousin nk jmpa kat sane... cousin yana ni sume gurl, cute2 n still solo lg... sume masih study lg kat UiTM... time tggu diorg jam dh dkat 12.30 pm... but diorg lmbt sgt smpai, so... kitaorg pun gi la soru dulu :)



ha.... ni la cousin2 yana :)


tngah kitaorg mkn, baru la diorg smpai... after mkn ktaorg lepak jap kat dataran tu smbil borak2... hmmmmmm hepy nye mlm tu... ye la mane x hepy, hujung2 mggu cam ni je la bru dpt nk lepak2 n enjoy ngan family... kalau x masing2 cbuk ngan keje :)

peace ;p

malam minggu - jgn pndang belakang congkak...

mmmmmmmm....
malam mggu hr tu yana gi tngok citer 'JPBC'... so far best gak r filem ni... but lawak dier ade yg agak "B......." ckit , tp still enjoy n bleh diterima...dlm filem ni nmpak r Lisa Surihani semakin improve dlm lakonannya w/pun dialog dier x banyak... yg jd hantu2nyer pun ok gak... n yg paling kelakarnye bomoh dier... cuma jalan citer filem ni mcm x kena jer... x smpat org nk gelak hbis dier dh potong kat bab lain... so far ok jer la filem ni...n satu lg yg jd x bestnye citer ni coz yana 1 family kena duduk seat yg dpan skali, coz yg 2 jer ade kosong... so layan jer la... :)
p/s: Vote filem melayu :) peace
RATING 4 dis movie :
FILM : *** (3 star)
LISA SIRIHANI : **** (4 star)

SINOPSIS FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK
Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.
Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.

Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.
Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.
Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama. Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka.

Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas. Pak Mor dipanggil semula. Pak Mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya.



Tuesday, June 2, 2009

bicara cinta...


Tuhan memberi kita 2 kaki utk berjalan...
2 tangan utk memegang...
2 telinga utk mendengar...
dan 2 mata utk melihat...
tetapi...
knp tuhan hanya memberi sekeping hati kepada kita???
krn tuhan telah memberikan sekeping hati lg...
kpd seseorg utk kita mencarinya...
dan itulah namanya cinta...

Kahwinilah dgn org yg lebih mencintai diri kita...
drpd kita mencintai org itu...
itu lebih baik...
drpd mengahwini org yg kita cinta...
ttp dia tidak menyintai diri kita sepenuh hati...
krn adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri...
drpd mengubah pendirian org lain...

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga yg aman damai...
tetapi penerimaan t/jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga...
cinta hanyalah sebuah keindahan perasaan...
cinta akan bertukar t/jawab apabila terbinanya sesebuah rumah tangga...

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku...
apa yang lebih penting Dirimu atau nyawaku...
Dan aku menjawab nyawaku lebih penting...
dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan...
tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu...
Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini...
peace :)

Sunday, May 31, 2009

Pahala terakhir seorang isteri ...

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar t idak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pa hala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan

Tuesday, May 26, 2009

aku disebalik lagu ayat2 cinta...


Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara
cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
terasa ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...




banyak sgt memori ngan lagu ni...
diri ini tidak diminta...
utk menyintai & dicintai oleh seseorg...
tp perasaan tu hadir tanpa diundang...
hati ini tidak mampu mengelak...
krn pintu hati ini...
telah berjaya diketuk oleh cinta baru...
Tapi.... aku perlu bjak membuat pilihan...
yg manakah sebenarnya cinta sejati...
mmg sukar utk membuat keputusan...
namun aku perlu terima hakikat dan perlu yakin...
bhw allah telah tetapkan dengan siapa...
yg harus aku teruskan cinta ini...

diri ini merasa bahagia...
kerana cinta baru yg dihajati berjaya dimiliki...
tp patutkah aku tinggalkan cinta yg lama bgtu je ??
sanggupkah aku melakukan pengorbanan...
dengan mematikan cinta yg lama...
hnya demi utk memiliki cinta baru...
yg masih samar sinar bahagianya...
dan belum tentu menunaikan janji segala keindahhan...
namun hati ini mmg buta...
krn ttp hanyut dgn cinta baru...
yg kononnya snggup melakukan pengorbanan...
dan dgn mudah membunuh cinta lama...
yg telah lama bersemi...

kini cinta lama hanya mampu berdoa...
dan terus mgharap agar aku kembali semula pdnya...
krn cinta lama masih setia...
sesungguhnya diri ini trlalu kejam...
kerana tidak menghargai ksetiaannya...
padanya... aku hanya mampu memohon ampun...
krn sedar bhawa diri ini...
tidak ckup sempurna spt yg dharapkan...
diri ini tidak mampu utk menepis...
dan membohongi diri sendiri...
kerana terlalu menyintai dia...

sesungguhnya terlalu bnyak memori sepanjang kita bersama
hati ini kmbali keliru...
dan masih mencari kebenaran cinta...
aku bersujud kepada yg esa...
meminta petunjuk utk diri ini...
agar tidak membuat kesilapan...
dn akhirnya diri ini mndpat jawapan...
dimana cinta lama lah yg perlu disematkan dihati...
dan cinta lama lah cinta sejati yg dicari...
walaupun suatu ketika, cinta lama pernah menyakiti...
tp dia telah berusaha utk merebut cinta ku kembali...
dan cinta baru... mmg sukar dimengerti...
krn katanya syg... tp...
hanya mgharapkan pengorbanan dr ku semata-mata...
tanpa berusaha mendapatkn aku sepenuh hati...
dan seharusnya aku perlu undurkan diri drnya...
dr terus mengharap sesuatu yg x pasti...

semoga keputusan diri ini tepat...
dan tiada penyesalan...
pasti ada sinar bahagia yg akn menjelma...
kerana cinta lama lah yg telah diciptakan oleh yg esa..
hanya untuk diriku...
dn diri ini terlalu bersyukur krn cinta lama...
masih kekal menyintai diri ini setulus hati...
tanpa mengenal erti jemu dgn trus menanti...
dan hanya mengharapkan cinta dr diri ini kembali...
padanya... maafkanlah diri ini...
dn kini percayalah...
bahawa cinta ini hanyalah miliknya...


peace :(


Monday, May 25, 2009

story mlm n hujung mggu... FAMILY DAY :)


Story malam minggu...

hi! Salam… :)
mmmmmmm….
Malam mggu hr tu yana x gi mane2 pun…
fever la, x larat…
But siang tu keje gak…
After blik keje pkul 12 tu mmg letih sgt…
But still wat keje umah ckit…
Slalu nyer yana mendobi ptg tu kalau x gi memane…
Sambil2 tu yana ajar kimi wat homework…
After yana dh siap mendobi semua…
trus yana cari pillow then trus……
ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz….
Pengsan …:)
Kimi lak layan cartoon kat sebelah yana…
Punya la sedap tido…
Smpai husband yana blik pun yana x sedar…
Ptang tu kitorg just lepak2 je kat umah…
Coz mlam sikit bru nk kuar gi makan…
Dlm fever2 hr tu…
yana teringin lak nk makan roti canai bnjir…
So, mlam tu kitaorg gerak gi kedai mamak yg x jauh dr umah ktaorg…
Malam tu ktaorg merempit jer… hehehehe
Coz dekat je, x sampi 5 minit dh sampai kat mamak stall tu…
after mkn, ktaorg trus blik…
then smpai je umah trus layan cerekarama jap…
pas tu makan ubat and trus….
ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…..
Sweet dream :)


Story hujung minggu...

Spt biase hujung mggu biase la…
After husband yana gerak gi keje je…
Yana akan sambung blik mimpi yana :)
Actually nye husband yana cuti sbtu n ahad…
Kalau keje tu kira OT la…
Hr tu 9.30 bru yana bngun…
Tu pun yana bleh sedar coz ank yana kejutkn sbb lapar…
So yana trus bngun n wat breakfirst kat kimi…
Lpas mndi n kmas umah…
Yana gerak gi kedai beli lauk plak…
Hr mggu slalu nya yana kena masak…
Coz hr isnin-Friday slalunya tapau lauk je…
Yana cuma masak nasi je kat umah…
N hr sbtu lak slalunya mkan kat luar…
Hehehehe…
Yana x pandai masak sgt…
Nsib baik la dpt husband yg jenis no hal…
Hr tu pun yana just masak simple2 jer…
Dlam pkul 2 bru settle semua keje umah …
So....... time to rest…. :)
Apa lg yana pun lepak r ngan kimi tngok tv…
Pas tu faham2 je la ek…
Aktiviti wajib kalau x gi memane…
ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzz... :)
time
yana bngun husband yana bru je blik keje…
ptg tu husband yana ada beli kuih...
So yana pun wat air tuk ktaorg tea time…
After mkn kitaorg siap2 nk g merempit lg…
Hahahahahaha
Xde la… just round2 jer bwak kimi g taman…
Then lpas tu singgah umah abg long yana jap…
Saje je melawat but lame gak kitaorg lepak kat sane…
After that bru ktaorg gerak blik…
sampai jer umah yana trus siapkan mkn malam…
n pas mkan je trus mengadap tv layan mentor plak…
hhhhhmmmmmmm…
bestnye cuti hujung minggu kali ni….
Coz dpt bersama2 ngan family…
N rase rilex sgt… coz dpt rehat sepuas-puasnyer…
Ye la mane xnye membuta je yg lebih :)
But yg x best nyer Monday dh kena keje blik…
N hr isnin adelah hr yg pling yana x suke…
But nk wat camane kan…
Layan jer la…

Peace :)

Friday, May 22, 2009

TERIMA LAH SUAMI KITA SEADANYA ...

Seorang isteri mengadu begini kepada saya," Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?Lalu saya bertanya,Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.Lalu saya perjelaskan,Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar ..SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. .INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantauimaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, sekurangan-kekurangnya yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT"

SESUNGGUHNYA SEDARLAH BAHAWA KITA SBG SEORG WANITA DAN ISTERI JUGA BELUM TENTU SEMUANYA SEMPURNA...

SO RENUNG-RENUNGKAN... & SLMAT BERAMAL...
PEACE :)


p/s:
by myspace friend :)